MenAngIS..
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)
Air mata yang tiada di tuntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
5. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah SAW bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Wallahua'lam
Tuesday, June 22, 2010
Harga Air Mata mu...
Posted by wardatullah at Tuesday, June 22, 2010 0 comments
Sunday, June 20, 2010
MalaS oh malas...
Apabila Diri Malas
www.iluvislam.com
Oleh : safiyyah_hatim
Editor : almusafirq8
Alhamdulillah bersyukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Sebagai tanda kesyukuran, marilah kita sama-sama muhasabah di mana kita sekarang, apa yang sedang kita lakukan, adakah wajar segala tindak tanduk kita? Di sini saya ingin berkongsi tentang perasaan yang kadang kala hadir dalam diri kita iaitu...MALAS.
Jadi, untuk memulakan perkongsian, suka saya menyebut tentang ayat Allah yang menerangkan sifat orang munafik yang malas bersolat dalam Surah An-Nisa' (4:142):
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali."
Mungkin dalam keadaan kita sebagai seorang pelajar, konsep malas lebih kepada malas untuk mengulangkaji pelajaran, malas hendak buat tugasan, malas hendak mengemas rumah dan sebagainya. Hakikatnya malas itu PENYAKIT. Ya, penyakit yang boleh menjadi barah dan mungkin sampai tahap terminal.
Sebenarnya, kemampuan untuk berusaha adalah nikmat yang Allah berikan kepada kita, seperti dalam post saya sebelum ini, kita berupaya untuk memilih dan berusaha. Kita menentukan hidup kita sendiri. Allah berfirman dalam Surah Ar-Ra'd (13:11):
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."
Berdasarkan ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa malas itu juga satu pilihan, sama ada kita hendak terus bermalas-malasan atau untuk menolak perasaan tersebut. Saya mengingatkan diri sendiri juga, kadangakala kita sangat-sangat bermotivasi dan pada masa yang lain jadi hiper malas. Itu ujian sahabatku, hakikatnya masa senang dan lapang juga adalah ujian. Allah menguji sejauh mana kita menggunakan masa itu sebaiknya.
Memetik kata-kata dari buku yang amat saya suka hasil tulisan pendakwah terkenal Indonesia iaitu Aa Gym bertajuk "Ingat Tuhan Sampai Mati":
"Apabila muncul rasa malas beribadah (umum atau khusus), pada masa itu hawa nafsu berupa malas sedang merasuk diri. Justeru segeralah melawan.Kerahlah sepenuh tenaga dan kudrat yang ada. Bangun, dan lawanlah!. Janganlah kita termasuk di kalangan golongan orang-orang munafik kerana kita malas beribadah".
Setelah kita mengetahui bahawa kita mempunyai pilihan untuk jadi rajin dan melawan nafsu malas, maka marilah kita sama-sama lihat bagaimana keluar dari belenggu perasaan negatif ini. Firman Allah dalam Surah As-Saffat (37:61):
"Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja."
Ayat di atas menerangkan tentang kejayaan yang paling utama di akhirat iaitu memperoleh syurga hanya akan diberi kepada orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh di dunia. Sebelum dari ayat di atas, Allah menceritakan keadaan orang-orang yang beriman yang bersenang-senang di dalam syurga. Sambungan ayat ini juga Allah menerangkan seksaan bagi orang yang ditempatkan di dalam neraka. Sahabat-sahabatku, Allah menyuruh kita bekerja dan berusaha untuk mendapat kejayaan yang abadi di akhirat nanti.
Di sini saya ingin berkongsi tentang kuasa fikiran kita dalam menggerakkan tindakan kita. Hukum "Law of Attraction" telah diperkenalkan oleh beberapa penulis barat seperti Michael Josier dan Rhonda Byrne. Menurut mereka:
"Segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran sama ada positif atau negatif, akan datang dalam kehidupan kita"
Apa yang dapat difahami dari hukum yang dicadangkan ini ialah: Kita menarik apa yang ada di sekeliling kita. Maksud tarikan di sini ialah kita menyumbang kepada berlakunya sesuatu perkara pada diri. Anda menguasai diri anda melalui pemikiran anda.
Dalam konteks perasaan malas, saya cadangakan supaya kita boleh memulakan beberapa langkah:
1) Fikirkan secara positif bahawa anda tidak malas dan hendak menjadi rajin.
2) Setiap kali selepas bangun dari tidur, yakinkan diri bahawa anda akan lakukan tugasan-tugasan.
(Contoh: basuh baju, siapkan tugasan...).Anda boleh membuat bayangan minda bahawa anda akan melakukan tugasan itu.
3) Sentiasa cabar diri.
Kadangkala saya gunakan pendekatan ini bila rasa nafsu malas sudah berada di tahap kritikal. Cuba cabar diri sendiri contoh: Kalau kau (nama sendiri) tak siapkan juga tugas ni, maksudnya memang la aku tidak tahu bersyukur, jadi sebagai denda, kurangkan masa 1 jam untuk tengok tv dan tambah sejam lagi untuk siapkan tugas). Ini hanya sebagai contoh, kadangkala manusia boleh jadi terkehadapan dengan cabaran dan tekanan pada diri.
4) Banyakkan muhasabah mengapa kita dibelenggu sifat malas.
Mungkinkah kita banyak melakukan dosa-dosa kecil atau besar hingga Allah tutup hati kita untuk membuat kebaikan? Adakah kita kurang merancang kehidupan hatta untuk sehari pun? Ingatlah setaip dosa menambah satu titik hitam dalam hati kita.
5) Mohon doa yang berpanjangan kepada Allah supaya dijauhkan sifat malas ini.
Seperti salah satu doa yang biasanya dibaca semasa membaca Al-Mathurat (himpunan doa-doa yang digalakkan untuk dibaca pada waktu pagi dan petang) iaitu maksudnya:
"Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"
Jadi, marilah kita sama-sama bergerak dan berubah, bangun dan terus kepada tugasan yang diamanahkan kepada kita. Sebelum terlambat dan sebelum sampai hari di mana kita akan dipertanggungjawabkan tentang nikmat masa, di mana kita gunakan. Ayuh! berubahlah,apabila diri malas,katakan..tidak, aku mahu berubah, ya, berubah kerana Allah, untuk mencapai redha-Nya, InsyaAllah.
Wallahua'alam.
Posted by wardatullah at Sunday, June 20, 2010 0 comments
jaLan2 JuN
BISMILLAH...
14HB,ISNIN, 6PM:
"DAH TUTUP PINTU,TINGKAP,SUIS2 SUME?",tanya abang.. dijawab serentak oleh adik n kak,"DAH",,mcm bese ayah dh lame tggu kat luar..sume dah sedia u berangkat ..
hehe,padahal nk hantar umi,ayah n ustzh jamilah je ke LCCT..
tarik pintu pgr..then jalaan..'SUBHANALLAZI SAKHARALANA HAZA WAMA KUNNA LAHU MUQRININ WA INNA ILA RABBINA LAMUN QALIBUN..' Avanza jalan dulu ye,,kami(ngah,kak,dik n abg adil) yg naik kete Proton ni ikut belakang..kami isi minyak dulu,pehtu br nampak kelibat kete kebun ayah tu..huhu.
owh,amik u.jamilah rupenye..PENGEMBARAAN BERMULA..
flight deme kul 5pg sok..abg adil bru jalan dah tido..letih main la tu.. dah lame tak jalan konvoi cmni..rindu lak..mesti lg best kalo sume ada..lbey kurang jam 10.15mlm, kami sampai kat Nilai u makan n solat kat masjid Nilai..rindu nye Nilai tempat ku mencari ilmu,,teringat shbt2, ape lagi contact la sesapa yg still ada kat situ..semestinya miss zuhaira n miss ashikin.. terusik kalbuku buat seketika..
after mkn, ngah bwk kete menyelusuri jalan BBN NILAI tu..sebelah mahalah blok D n E, kelihatan Kak Guard yg sering ku lihat ketika zaman ku berkuliah di CFS nilai. ada yg ku kenal,ada yg muka baru..eh,apa kene ngan pdg nilai ni.. nak buat bangunan ke,,? takpelah..nnti tye shbt nilai..agaknye nk buat pentas kot..bolehla sesapa nk tempah pdg nilai kat MPN nnti u buat pgrm ke kenduri kahwin ke,huhu..
pehtu singgah masjid..ada la beberapa manusia kat situ,2lelaki sorang pompuan.. duk dlm dewan masjid..jeling punye jeling rupenye deme main ping pong.. mlm2 buta ni main ping pong..apela deme ni. dah hbis solat jamak.tetibe tgh anak sedara 3 org lari2,,kak hanan memuntahkan isi perutnya...uwek..nseb bek tak tgok kalo tak teman pun join muntah lak.
sejam suku kemudian bru kami gerak semula...menuju LCCT..
15HB,SELASA, 1.15AM
alhamdulillah tiba jua akhirnya...
kul 1.35am kmi meninggalkan deme di sana..menunggu flight..
km tido d umah k.ngah kat mane ek,lupe lak tp sekitar nilai la...
11AM- k.long ajak ke melaka,hmm,da alang2 kelas x jadi kite jalan2 la.. kate k.long..
subhanallah,,lawa beno melaka ni terutama kat bandar hilir,,hehe dah kat situ je kami pegi..huhu.. tmpat first pegi, naik kapal..pehtu round satu bandar hilir,a famosa la,gereja st. paul la,,ntah ape2 lagi,,yg penting sekarang ni..kaki ku dah sakit sesangat...nk berenti jalan..tak larat...tp tetibe teringat sirah Rasulullah saw n Abu bkr r.a yg mendaki gua hira' tu..aduii,,kuat mesti kuat... inilah hikmah kembara..mcm2 motivasi yg terpaksa ku buat u kuat kan semangat n akhirnya selamat jugak naik sampai atas..sampai nk tercabut skru kaki ni,letak kasut tepi jap.....lantak la org nk ckp ape..yg ku pelik tu apsal ade jugak org islam yg baling duit syiling kat gereja tu..mungkkin deme nk try je bling kot..husnuzzon jela...
pehtu jumpe pakcik beca kebetulan orang pior melaka.."ha, mane satu pokok melaka,cube teka?",,kami pun jenuh la tunjuk yg itu,yg ini, yg byk akar tu, rupenye comel je pokok nye..rase dlm buku sejarah ade tunjuk...hmm,lupe lak."ha,abg dh agak dah itu pokoknye.."..eleh dandan kata camtu..haha..sempatla kami bergambar ngan pkcik ni...tak larat dah,,pehtu kami g mydin k-2 terbesar kat melaka..adus,basuh kak hanan punye tut tut dr tmpat mkn lg,,kami g solat jap,pastu k.long beli ayam radix yg mcm kfc punye... "eh,bagus plak pkerja2 deme ni,pkai tdung n bj t shirt muslimah lg siap bercekak tgnnye.."..kak nyampuk,"tgokla,,radix memgla,,bukan kfc.."..ops,patutla...ku tergamam seketika..hehe,bese la duk terperap je kat umah.. tu yg blur sgt..
16HB,RABU, 11PG,
ku rase xsedap bdn la..rupenye nak demam,ngah dtg beli mknn,then kul 12.30pm km g jln ke nilai3, ngah maleh nk ikut,kwn2 dye dh tinggal dye..melepas la nk shooting..
dlm kul 3pm,km singgah umah pak tam k.long kat area shah alam kot.. maklumla mata berat nk tgok sekeliling. kat umah pk tam,km mkn nasi,tp ku sambar pisang goreng dulu..sedap2,,laksa pun ada..pehtu solat,tp xlarat sgt,smpai tetido atas sjdh.. sedar2 dah ade bantal.hehe tq la sape yg donate bantal pd teman..ingatkan nk blik dah rupenye sampai isyak bru balik..jenuh tggu,,sejuk beku dh kaki teman ni..x larat sgt,,mak tam tye ngantuk lg ke..sobsob,,nk je ckp,sbenanye sy demam.. lps abg buat air u paktam,,tetamu lain dtg,,ha,lupe nk ckp,yg pak tam x sihat masuk icu after demam hr tu..byk hilang drh..wallahua'lam kenapa..itupun jd after pemergian tuk wan k.long,ayah kpd pak tam..moga tuk wan tergolong dlm kalangan org beriman dan amal soleh..amin.kes ini melibatkan saka..hnye Allah ya 'Alim saje yg tahu..
17HB, KHAMIS, 1.30PG
alhamdulillah 'ala kulli nikmah Allahuakbar..kami selamat tiba d rumah yg ku syggg..
rumah dh tinggal byk hr kene la baca ape yg patut...ape la gamaknye si nyiau makan.. sume penat n pesta batuk...slh satu gejala yg melanda Malaysia ketika ini adalah cuaca yg panas..rase macam bukan kat khatulistiwa dah..entah2 dah berganjak skit.. ni kene rujuk pkr bumi ni,,
18HB, JUMAAT, 9PG
"masyaallah,jalan lagi ke?",den tak larat dh ni.. menambahkan demam teman aje..
ape nk buat nk tinggal umah sorang maleh..ikut jela..kali ni ke Lumut..tp b4 that,g econsave,billion....tgkp gambo kapal jela..cdg nk nek feri tp fulus xckup lak..nk wat lagu mano wei,,redah jela..hehe..org x ramai..pun,,km msuk kedai gmbor,sebabnye kak nk tuko camera agaknye..bersemangat tul dak laki tu bg brief kat kak..yg ni kak 4xzoom,,yg ni 3 je..ha yg ni kakk...haha,den lari,maleh dgor. rupenye kak pun dah boring nk dgr,,tadah jela telinga tu..bg peluang pd adik laki td mantopkan skill mempromote..70% u brief adik tu..pehtu g tgok kedai nset,mane tau ley tuko nset sony teman ni.."ni bley amik bape?"tye abg. kak tu jwb,"ini 50 je bang..",alamak dah x laku le..bile g econsave, anak muda cina ni kasi rm80..waa,tggi jugak.."ha,cmne dik? nk ke?""xpela bang, tgh pokai ni.." sambil tu k.long n kak g beli beras,ikan, sayur, roti...then balik..
5.30ptg-alamak,dah lewat ni,ade org nk jumpe.."dik,kasi motivasi kat budak2 ni nak x?""ish,xmaula,,hr tu punye pun terkesan lg."hehe..sampai kat umah..kuar la 2 orang ni,sorang ni tolak pintu pgr,tetibe terasa mcm ada aura yg kuat mengalir dlm tubuh membuatkan satu tragedi happened..pintu pgr tu terkeluar dr laluan dye n sempat d capai oleh yg berkenaan.."dik!!"k.long sedikit menjerit. pabila kepala menoleh rrupenye si pintu pgr nk jatuh..nseb bek sempat capai..tp x kuat.. xtahan dah ni..kete hitam metallic milik abg elok je terparking x jauh,,kalo lepas agak2 kene tak..mungkin kene skit..patut la rasa x sedap hati..terbayang duit melayang d udara nanti..akhirnye dlepaskn..dn tepat sangkaan kene jgk kete abg..huhu,, hanya kudrat tgn seorang insan..nk buat cmne..ada byk sgt hikmah..hukuman u diriku n org sekeliling ku.. dah la x pegi prgram..ha,amik la padahnye..huhu..pepun,,sok umi yah balik dah...=) xsabo teman..tp gelisah tetap ade.. to be continued...
Posted by wardatullah at Sunday, June 20, 2010 0 comments
Wednesday, June 09, 2010
resipi kejayaaN
10 PRINCIPLES OF SUCCESS...
1- TO BEGIN FROM THE POSSIBLE
2- TO SEE ADVANTAGE IN DISADVANTAGE
3- TO CHANGE THE PLACE OF ACTION
4- TO MAKE A FRIEND OUT OF AN ENEMY
5- TO TURNS MINUS INTO PLUS
6- THE POWER OF PEACE IS STRONGER THAN THE POWER OF VIOLENCE
7- NOT TO BE A DICHOTOMOUS THINKER
8- TO BRING THE BATTLE IN ONE'S OWN FAVORABLE FIELD
9- GRADUALISM INSTEAD OF RADICALISM
10- TO BE PRAGMATIC IN CONTROVERSIAL MATTERS
SO,LET US BE SOMEBODY THAT ALWAYS TRY TO BE THE BEST AND GIVE THE BEST..
WE YOUNG MUSLIM TODAY,MUST SAVE THE FUTURE OF ISLAM...
TOGETHER...WE STAND..ALL 4 1, 1 4 ALL---ISLAM IS THE WAY OF LIFE.
http:/www.islam-usa.com
Posted by wardatullah at Wednesday, June 09, 2010 0 comments
Monday, June 07, 2010
UsuludDin??
Ruang lingkup perbicaraan dan perbincangan mengenai Ilmu Usuluddin atau Ilmu Tauhid ini ialah berkisar pada perkara-perkara berikut;
*Ilmu Akal
*Sifat-sifat yang Wajib, yang Mustahil, Yang Harus bagi Allah
*Sifat Sifat Ketuhanan dan makna Ketuhanan
*Perbezaan makna Allah dan makna Ketuhanan
*Hakikat Ketuhanan
*Kenal Sifat Istigna’ dan Iftikor Allah dan perkara-perkara yang melazimi kedua-duanya.
*Boleh membezakan Itiqad Jabariah, Muktazilah, Qadairiah, Syiah dan Ahli Sunnah Wal-Jammah(Imam Abu Hassan Ass’ari dan Imam Maturidhi)
*Boleh memahami pembahagian sifat-sifat Allah kepada Nafsiah, Salbiah, Maani dan Maknuwiyah.
*Menguasai Sifat-sifat Allah yang berada dalam Martabat Zat, Martabat Sifat, dan Martabat Asma.
*Tahu apa yang dinafikan dan diisbatkan dalam kalimah Syahadah.
*Faham dan jelas mengenai takluk-takluk semua sifat Maani.
*Perbezaam makna dan maksud antara ‘Itiqad dan Syuhud.
*Mengenal sifat-sifat benda baru seperti jauhar, jisim, jirim dan ‘aradh serta lainnya.
*Dan yang lain-lainnya berkaitan dengan pengajian Ilmu Usuluddin.
…….
Sumber : http://suluk98.tripod.com
Posted by wardatullah at Monday, June 07, 2010 0 comments