CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Islamic Widget

Tuesday, August 09, 2011

JIKA RASULULLAH ADA SEKARANG…


bismillah...

assalamualaikum wbt.

bagaimana jika Rasulullah ada sekarang....


Melihat rumah kita,dibina lebih tinggi daripada Masjid…pasti Rasulullah tidak bercakap mahupun berpaling pada kita..

Melihat Surau tidak terjaga, pasti Baginda sedih dan hampa..

Melihat rakyat miskin dan ditindas, pasti Baginda bantu..

Melihat sesuatu pergaduhan, pasti Baginda meleraikannya..

Melihat tiada makanan di dalam rumah, pasti Baginda membantu isterinya..

Menerima tetamu, pasti Baginda memuliakan mereka..

Mendengar orang mengumpat, pasti Baginda berlalu meninggalkan orang tersebut..

Melihat anak muda berpeleseran, pasti Baginda mendidik mereka...

Melihat sikap mertua dan menantu yang berdengki, pasti Baginda menyelesaikan secepat mungkin..

Melihat anak mengungkap perkataan buruk, pasti Baginda membetulkannya dengan penuh kasih sayang..

Melihat orang yang letih dalam berjuang, pasti Baginda berkata “Abu Bakar dan para sahabat yang lain lebih letih berbanding kamu”..

Melihat umatnya membazir, pasti Baginda menyuruh kita bersedekah..

Melihat orang yang tidak ikhlas dalam bekerja, pasti Baginda berkata “jika kamu bekerja untuk duit, maka duit lah yg kamu dapat, jika bahagia dan Redha Allah yg kamu inginkan,maka kamu akan dpt”..

Dikhabarkan mengenai jenazah org yg Fasiq, pasti Baginda tidak menuruti jenazah tersebut hingga ke kubur malah tidak mengimami solat jenazahnya..

Melihat ‘pencuri’ bersenang dengan bukan hartanya, pasti Baginda mengarahkan agar pencuri itu dipotong tangannya serta diambil yang bukan haknya dan diberikan kembali pada yang hak..

Melihat umatnya terhibur dengan konsert terlarang dan seumpamanya, pasti Baginda mengarahkan pasukan polis memberkas orang yg terlibat dan dijatuhkan hukuman terhdp mereka..

Melihat wanita bertudung tapi baju mereka ketat dan nipis, pasti Baginda memalingkan wajah dan ingat akan ayat Allah ‘mereka itu bertelanjang sebenarnya’..

Melihat suami isteri yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak dan rumahtangga, pasti Baginda menyuruh mereka tolong-menolong antara satu sama lain..

Melihat orang yang leka dengan arus media tv,fb dan lain2…pasti Baginda berkata sudah hamper kiamat itu..

Melihat apa yang ada di Malaysia…pasti Baginda sedih…kerana Islam tidak tertegak tapi ramainya muslim yang berada di Malaysia..walaupun ada segelintir yg telah sedar dan yakin akan Hari Qiamat, tapi begitu ramai lagi yang tidak sedar akan hal ini..

Dimanakah kita.. layakkah kita mendapat syafaat nabi tercinta?? Dengan sekadar selawat dan ibadah kepada Nya..? bagaimana saudara2 seislam yang lain.. jangankan di Palestine atau Iraq… lihatlah dulu di Malaysia…

Bukalah hati seluasnya untuk terima hakikat bahawa kita akan MATI.. buatlah amal walaupun ianya sedikit tapi ikhlas kerana Allah..

sekadar ingatan buat kita sebagai umat nabi Muhammad SAW....

wallahua'lam...

0 comments:

maGhfiRah MU...

maGhfiRah MU...

Islamic Greeting Card

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

************