CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Islamic Widget

Friday, September 02, 2011

Minta Lah Pertolongan Allah!!!!!!



bismilahirrohmanirrohim ...

assalamualaikum w.b.t...

kisah nya begini.....

'assalamualaikum ustaz..'...Sabri dan Mukhlisoh memberi salam pada rumah usang itu...entah kan ada atau tidak penghuninya... tiga kali tidak dijawab... mereka bernada sendu... menuju ke kereta Mitsubishi bersama 3 orang anak muda..

'wkmslm'...pintu dikuak sedikit...muncul seorang berwajah jernih..sawo matang kulitnya.. 'maaf, lambat..ada kerja di belakang.jemput masuk.'

Sabri serta keluarga masuk ke rumah ustaz tatkala Maghrib menjelang.. mereka belum lagi solat..

seorang perempuan muda meletakkan sejadah di ruang tamu serta beberapa telekung.

*****************

usai solat, ustaz Man tadi keluar dan duduk di sofa merah.. Sabri duduk berdepan dan tidak mengucapkan sepatah kata.bisu dan kelu u berbicara. bagaimana harus ku mulakan. Mukhlisoh memandang.. ada sesuatu bermain di fikirannya.. Mukhlisoh mencetuskan suasana..

'ustaz,anak saya yang no dua ini histeria di rumah tadi,baru je sedar.kami dari sitiawan. '

'berapa umurnya??'

'tingkatan 1'. 'ustaz,setiap kali anak saya nak ke sekolah, kami terpaksa bawa dia pulang..sebab sampai je di selekoh sekolah, terus muntah darah xhenti2..begitulah setiap kali.. ni suami saya yang kedua.. anak2 saya jadi macam ni selepas saya kahwin dgn suami. ustaz,saya xsanggup tengok anak saya sakit macam ni, kenapa saya x sakit, tapi dikacau anak2 saya. anak saya yang no 2 ni dh 4 bulan x pergi sekolah..'

'awak tahu sape kacau??'

'saya dah jumpa byk ustaz, mereka kata ada orang cuba pisahkan saya dengan suami yg ke-2 ni.' sambil menunjukkan ke arah Sabri.. Sabri hanya tunduk mengangguk.


*******************************

prannngggg!!!! pintu kaca itu pecah .... Mukhlisoh menarik tombol pintu .. 2 orang lelaki beserta seorg perempuan usia lewat 40-an tercegat depan pintu rumah..bengis. slh seorg lelaki itu meluru masuk mencari sesuatu.. Sabri terpinga2. kdebukk!!! sebuku penumbuk hinggap di pipi ayahnya.. perempuan tadi melangkah masuk ke rumah itu dengan kasut tinggi nya..rupanya janda Sabri,.. seorang lagi anak lelaki menampar wajah lembut Mukhlisoh.. janda itu senyum..'padan muka kau perampas.'...terasa amat hina,Mukhlisoh memandang suaminya, rumah nya dimasuki dengan kasut..hinanya aku..

mukhlisoh bangun dari lantai, 'kak,sabar..kita selesai cara baik.. baiklah kalau macam tu, abang ceraikan je la saya dan rujuk lah balik dgn kak..janji kak xganggu anak2 saya..

************************

Sabri menceraikan Mukhlisoh dengan talak satu. namun, bila diberikan peluang untuk berbaik semula, jandanya tidak mengendahkan langsung.. Sabri terkapai2.. bersatu kembali dengan Mukhilsoh atau hidup seorang diri.. jika kembali kepada Mukhlisoh,, pasti anak2nya diganggu lagi.. buntu..

***********************

Sabri rujuk kembali Mukhlisoh.. setiap malam mendapat mimpi yang pelik2.. seorang permpuan tua berkebaya berkain batik, rambutnya bersanggul sentiasa mengejutkan Mukhilsoh dari tidur untuk melawan kembali makhluk jahat itu. diajar ayat2 pendinding diri.. Mukhlisoh anak bongsu dari 4 beradik. 'Mengapa aku yang dipilih u mewarisi kelebihan ini.' Jika ada orang meminta perkhidmatan mengurut, Mukhlisoh tidak akan teragak2, pasti memberi layanan yang paling baik tanpa jemu dan penat.. pernah sekali sampai 2 jam Mukhlisoh mengurut pesakitnya.. seakan tidak penat langsung..

setelah pemergian adiknya yang kurang upaya, abang dan kakak yang lain berebut harta adik yang diwasiatkan mak kepada adik... Mukhlisoh yang selama ini menjaga adiknya yang tidak boleh berjalan itu, tidak meminta apa2 balasan.. mereka menuntut harta tersebut dan menyerahkan agar Mukhlisoh yang mencari peguam untuk mengatur segala proses penyerahan harta. Di hadapan peguam Rina, mereka duduk.. setiap drpd mereka menerima cek yang sama rata bilangannya..

Pulang drpd pejabat, Mukhlisoh dituduh mengambil lebih drpd harta yg sepatutnya.. menggunakan ilmu la dan macam2... Mukhlisoh hnya mampu sabar.. kubur adik mereka baru sebulan, tanah masih merah lagi,, belum lagi berbatu nisan, sejak kematian adik,msg2 berebut untuk meletakkan batu nisan,, tapi sampai sekarang masih belum bertanda lagi kubur adik mereka....

sekarang, abang mula bankrup..dipinjam duit Mukhlisoh.. begitu juga kakak ditinggalkan suami...

Ya Allah ,,ujian apa yang menimpa keluarga ku ini....

*********************

perempuan tua itu muncul lagi dalam mimpi,,' kau kene selamatkan keluarga kau daripada punah ranah'

mukhlisoh menjawab...'aku tak tahu macam mane..'

esoknya, Mukhlisoh memandu keretanya untuk menghantar anak nya ke sekolah,seperti biasa .. belum menginjak pintu pagar sekolah, ananknya sudah muntah membuak2.. Alia memegang tekak nya.. darah disapu berulang kali di bibir..

**************************

'ustaz,saya dah berikan peluang pada Janda suami saya ni, tapi apa lagi yang dia nak..saya dah suruh ceraikan saya,, bagi saya anak saya yang pertama, suami saya yang kedua..xpe, saya boleh hidup sorg diri, tp sy xboleh tengok anak saya sakit.' Sabri tunduk. kesal dengan apa yang berlaku. xmampu berkata. Sayang nya kepada isteri hanya Allah yang tahu.. dia mahu membantu tapi buntu...

'itulah dendam dalam hati manusia yang bertuhankan Syaitan.. jauhilah perkara2 ini',lembut ustaz mengingatkan tapi bernada keras.


ustaz berlalu ke dapur. ustaz Man kembali dengan sebotol air dan seplastik garam beserta sebiji limau nipis..

mulut ustaz Man mula berkumat kamit..usai membaca jampi.. Ustaz menerangkan caranya..

'ambil sedikit air dlm botol ini buat minum dan juga mandi.. garam dan juga buah limau ni buat pagar rumah..'

'di samping itu amalkan beberapa ayat dari surah Yasin, ayatul Qursi dan 3Qul.'

'terima ksih ustaz.' bergenang air mata Mukhlisoh.. tiada apa yang dpt dihulurkan.. sedangkan rumahnya tiada langsung perabot, set tv, dan radio.

Sabri dari tadi diam seribu bahasa..mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan ustaz Man..

Kini....mereka pulang dengan satu harapan....

Dan mintalah pada yang maha Esa... ‘iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in’.... kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau Ya Allah kami meminta pertolongan...

********************

Ambillah pengajaran................=)

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa dalam hidupmu...

Wassalam..=)

Thursday, September 01, 2011

STOP BEING SLAVE FOR YOURSELF!!


bismillahirrohmaanirrohiim....
assalamualaikum w.b.t
allahumma solli 'ala saiyidina muhammad wa aalihi wasohbihi wasallam..

kaifahal????
hoping that all of u always in great mood of Raya..

now, what i,m trying to share is...something like this...

************

some said: should i feel sad for Ramadhan that will last in two days more.. or should i feel happy for the coming of Raya??

answers is: BOTH.. but,, what i want to tell is.. you still being a devotees to Allah... you should have the feeling of sad coz maybe there is no hope that you will or you can meet next Ramadhan,,you can only pray ..hopefully.. this is the last Ramadhan that you perform very-very well... and... for the Eid Mubarak , you should feel happy and enjoy the Eid. coz,,you already done well to overcome your desire..(nafsu)..on many thing through out Ramadhan Kareem.. Allah had gave you an apportunity to perform 'ibadah fi kulli waqtin..(in every single time). And this is Your Victory!!! and you must show your syukur to Allah The Almighty...



**************

bile udah kuar dari Campus of Ramadhon..kite ni kene la stay or istiqamah of what we did..
maybe...

-zikrullah (alhamdulillah,allahuakbar, selawat, etc.)
-solat sunat/ QIAMULLAIL
-only islamic tv programme is available..=)
-ziarah sedara/org sakit
-leave bad words (belajar cakap baik=) )
-sedekah (as-sidqu)
-always keep your home clean=)
-ziarah kubur dan bagi salam setiap kali lintas depan kubur=)
-and so on...depends on your own life..

you have to make sure on something..your current iman can be changeable... either up or down.. you have to always check it.. how?? by your attitude, how do you think on something, how do you speak to everyone,how do you make a decision ...the most important is,,how do you feel when you doing the good deeds...it is ikhlas or not.. it is only for your own good or the whole ummah.. well,just a reminder for me too...

MOST important is...SOLAT...apakah tahap kita.. akan dtg... the stage of solah(peringkat @tahap solat kita)...i.allah , if i,m not forgotten..hehe=)

****************

wishing all happy Eid Mubarak..!!!
jom balik kampus..UIA sedang menanti... get our new spirit!!
hayya rattib al-jadual li yusahhil 'alaina fid dirasah fil mustaqbal...Allah is always willing(Insyaallah) =)

wassalamualaikum w.b.t.=)

Monday, August 29, 2011

AMALAN MALAM RAYA & PAGI RAYA

bismillahirrohmanirrohiim....

assalamualaikum...

bagaimana Taqwa antum/na=) moga madrasah Ramadhan memberi impak yg positif buat kalian.moga kita semua dipanjangkan usia u bertemu Ramadhan akan datang... ameen..

sedar x sedar,udah nak raya ye???
ha, ni teman ade sedikit hadiah drpd Ust Muhadir..

*******************************
MALAM

1) Mandi bila masuk Maghrib
2) Takbir Raya
3) Isya' Berjemaah & barazam solat subuh Berjemaah
4) Yaa Muhaimin -145x
5) Sayyidul Istighfar- 3x
6) Astaghfirullahal 'azhiim.....ilaih
7) Subhanallaahi wal hamdulillaahi.....wallaahu akbar- 100x
8) Qiyam/Nawafil termasuk Solat Sunat Tasbih
9) Laa ilaaha illallaah- 1000x ,,, kemudian baca; Allaahumma thabbitna bilqaulith thaabit- 3x
10) Ya Hayyuy Yaa Qayyuum, Laa ilaaha illaa anta- 40x
11) Ya Hayyuy Yaa Qayyuum, Ahyil quluuba tahyaahaa, wa aslih lanal a'maala fiddiini wad dunyaa - 18x
12) Banyak2 bermunajat/berdoa.


PAGI (selepas Subuh)
1) Takbir Raya
2) Sayyidul Istighfar -3x
3) astaghfirullahal 'azhiim... ilaihi -100x
4) subhaanallaahi...wallaahu akbar-300x(niat hadiah kepada yang telah meninggal dunia)
5) Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku...qodir- 400x
6) Jumpa sesiapa ucap: Taqobbalallaahu minna wa minkum soolihal a'maal.

sahabt2 panjang2 kan ye=) selamat beramal.. buatlah sekadar yang termampu..

***************************
KUULU A'AM WA ANTUM BIKHOIR...
SELAMAT HARI RAYA 'AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR BATIN...




Sunday, August 21, 2011

pentingkan apa yang TERPENTING!!!



bismillah...
assalamualaikum...

apa khabar agaknya sahabat2 .... moga berada di bawah lembayung rahmat Ilahi.. sibuk ye.. maaf xdpt bantu,,ana kirim doa sahaja ye..=)ada sedikit perkongsian ni... drpd hamba yg jahil ni... sudi2 lah membacanya...moga kome mendapat sesuatu=)

*************************
al-Imam Abdullah bin Mubarak pernah menulis sahabatnya, Syeikh Fudhail bin Iyadh. beliau menegur Syeikh Fudhail kerana asyik beriktikaf dan melakukan ibadah sehingga meninggalkan urusan yang lebih utama iaitu tugas JIHAD.


"wahai hamba yang tekun beribadat di tanah haram, jika kau melihat kami tentulah engkau akan mengetahui bahawa engkau sedang bermain dengan ibadatmu~ sesiapa (di kalangan kamu) yang berlumuran air mata di pipinya, adapun tengkuk-tengkuk kami pula berlumuran darah(di medan jihad)~ atau ada yang kudanya keletihan sia-sia (di tempat ibadah), sedang kuda-kuda kami keletihan di pagi hari(di tempat musuh)~ kalian dipenuhi bau wangian, sedangkan wangian kami adalah debu-debu nan indah yang diterbangkan hentakan kuda-kuda gagah~ begitupun sesungguhnya kami dianugerahi untaian sabda Baginda SAW , kalimah Baginda yang sahih lagi benar, bukan dusta."

*****************************
adakah kita sedemikian...
hanya mementingkan perihal diri...
adakah kita mengambil keutamaan dalam setiap amal perbuatan kita dengan memikirkan konsep Islam yang telah kita pelajari sejak di bangku sekolah..
ye..ingat lagi??
Daruriyayat(kemestian)>>Hajiyyat(keperluan)>>Tahsiniyyat(kesempurnaan)

5 perkara Daruriyyat:
utamakan:
1)Agama
2)Nyawa
3) Akal
4) Keturunan/Maruah
5) Harta

xmengapa jika kita hanya tidur di bilik yg sempit, muat u satu tilam kecil, tempat letak pakaian,sebuah meja tulis dan tempat beribadat..

xmengapa juga jika kita perlu mengorbankan anak seperti mana nabi terdahulu, nabi Ibrahim yang terpaksa menyembelih anaknya,Ismail demi menurut perintah Allah. serta nabi Nuh yang terpaksa meninggalkan anak dan isteri yang kufur kepada Allah...

xmengapa juga jika kita tidak mampu belajar dengan tinggi hingga menyuruh mak ayah menghantar ke luar negara.. kerana dengan berjalan ke masjid atau menghadiri kuliah2 agama juga kita dapat mengisi hati dan pemikiran kita..walaupun kita miskin...

xmengapa juga jika nyawa kita diancam bunuh seperti para penegak agama,
Hassan Al-Banna,Syeikh Ahmad Yassin, Syed Qutub,prof Zulkifli Muhammad,
masing2 terkorban kerana mempertahankan Perjuangan Agama Islam...

tapi,,, jika sekiranya AGAMA terpaksa dinodai,
tanyalah siapa sahaja,mahupun yang tidak sepenuhnya mempraktikkan islam, akan turut terasa dek penghinaan terhdp agama.. seperti mana, munculnya,, Karikatur Nabi Muhammad..

maka,,pertahankanlah AKIDAH dan AGAMA ISLAM sekuat iman mu duhai Permata Islam...
sesungguhnya Allah menjanjikan kemenangan kepada hamba2nya ..at-taubah:20..

jangan kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu org beriman..-ali-imran:139

jika kamu luka(sakit), maka mereka(musuh) juga mendapat luka yang serupa,...- ali-imran:140

jadi,,sama2 fikirkan,,jika duit xcukup beli baju baru.. xmengapa..simpan lah duit buat kegunaan di masa akan datang.. tapi Islam menggalakkan umatnya agar menjaga kebersihan..

sahabat2 ,,sume bende pentingkan..
tapi find the most important!!!=)

fi aiyyi syai'in awlawiyyatukum??

only u can choose
only u can change
only Allah can Guide us
open ur eyes...
don't let urself into the burden( huu, betul ke BI ana ni,,tibai ajelah..)
jgn campakkan diri anda dalam kebinasaan(ila tahlukah)
so, think deeply,,,
wallahuta'ala a'lam...
wassalam...


Dua SuNNah Nabi Muhammad SAW

bismillah ...

assalamualaikum,,para pembaca budiman...dipetik drpd ust Muhadir Haji Joll..

mari sama2 mengamalkan sunnah Nabi SAW setiap hari,,insyaallah..

selepas salam untuk solat Subuh & Maghrib
1) membaca LAA ILAHA ILLALLAAHU WAHDAHU SYARIIKALAH, LAHULKULKU WA LAHULHAMDU YUHYII WA YUMIIT. WA HUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QODIIR- 10x

p/s : ketika membaca:
-hendaklah tetap dalam keadaan duduk Tahiyyat Akhir.
-jgn rongkaikan kaki & jgn berkata-kata sehingga selesai membacanya.

2) membaca ALLAHUMMA AJIRNAA MINANNAAR- 7x

p/s: jgn berkata-kata sehingga selesai membacanya.

moga mendapat ganjaran drpd YG MAHA ESA...

dipersilakan untuk sebarkan pada ummat islam yg lain.=)demi kecintaan kepada Rasulullah...
******************
niatlah kerana Allah.. bersama hadirkan hati dalam setiap amal ibadah kita terutamanya solat.
wallahuta'ala a'lam....

Saturday, August 13, 2011

Anak Sedara Ku...alhamdulillah=)


bismillah .....
assalamualaikum w.b.t.

syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi....

kini..seluruh ahli keluarga gembira dengan kedatangan dua ahli baru.....=)

SYIFA' IRDHINA BT MOHD FADHIL BIN SULAIMAN dan NUUR RAUDHAH BT MOHD IDRIS SHAFIE BIN SULAIMAN
mabruk alaikum wahai abg2ku dan kakak2 iparku.....
kelahiran sulung anak mereka menceriakan lagi Ramadhan ini...
kelahiran Syifa' pada 14 Sya'ban,
manakala Raudhah pada 13Ramadhan,
mereka berdua selang sebulan je kan.=)
ummi ku (MARIAM BT DAHAMAN) pula lahir pada 12/8, Raudhah pada 13/8,
rupenye hadiah hari lahir dan hari ulangtahun umiyah yg ke 30 aka datang..
hehe...so sweet,,like Masyitah (19/5), Huda (20/5), Fadhil (21/5)...
berderet je=)
allahyubarikfikum=)

senyum si Syifa'..... mimpi ape la dye....

Syifa' menggetap bibir....

Syifa' ...syifa'...


yg sedang malu segan macam ayah dye ni is... Raudhah..=)


Raudhah tengok ape tu...

Raudhah tidur ye....=)

subhanallah......
ayuh! teruskan Ramadhan kita... lipatgandakan... u mencari lailatul Qadr...
moga sume sahabat sihat sentiasa...=)
lapar ke?? nanti ana masak u kome mee hailam..
hehe,,nak ke...? ana post...
main je.. khoir...
moga umat Islam bersatu.. dan banyakkan lagi umat kita...
'ya Rasulullah.... bertambah lagi umatmu..doakan mereka ini menjadi insan bertawqa...'
salamun 'alaik ya Rasulullah.....
ya habiballah...





Tuesday, August 09, 2011

JIKA RASULULLAH ADA SEKARANG…


bismillah...

assalamualaikum wbt.

bagaimana jika Rasulullah ada sekarang....


Melihat rumah kita,dibina lebih tinggi daripada Masjid…pasti Rasulullah tidak bercakap mahupun berpaling pada kita..

Melihat Surau tidak terjaga, pasti Baginda sedih dan hampa..

Melihat rakyat miskin dan ditindas, pasti Baginda bantu..

Melihat sesuatu pergaduhan, pasti Baginda meleraikannya..

Melihat tiada makanan di dalam rumah, pasti Baginda membantu isterinya..

Menerima tetamu, pasti Baginda memuliakan mereka..

Mendengar orang mengumpat, pasti Baginda berlalu meninggalkan orang tersebut..

Melihat anak muda berpeleseran, pasti Baginda mendidik mereka...

Melihat sikap mertua dan menantu yang berdengki, pasti Baginda menyelesaikan secepat mungkin..

Melihat anak mengungkap perkataan buruk, pasti Baginda membetulkannya dengan penuh kasih sayang..

Melihat orang yang letih dalam berjuang, pasti Baginda berkata “Abu Bakar dan para sahabat yang lain lebih letih berbanding kamu”..

Melihat umatnya membazir, pasti Baginda menyuruh kita bersedekah..

Melihat orang yang tidak ikhlas dalam bekerja, pasti Baginda berkata “jika kamu bekerja untuk duit, maka duit lah yg kamu dapat, jika bahagia dan Redha Allah yg kamu inginkan,maka kamu akan dpt”..

Dikhabarkan mengenai jenazah org yg Fasiq, pasti Baginda tidak menuruti jenazah tersebut hingga ke kubur malah tidak mengimami solat jenazahnya..

Melihat ‘pencuri’ bersenang dengan bukan hartanya, pasti Baginda mengarahkan agar pencuri itu dipotong tangannya serta diambil yang bukan haknya dan diberikan kembali pada yang hak..

Melihat umatnya terhibur dengan konsert terlarang dan seumpamanya, pasti Baginda mengarahkan pasukan polis memberkas orang yg terlibat dan dijatuhkan hukuman terhdp mereka..

Melihat wanita bertudung tapi baju mereka ketat dan nipis, pasti Baginda memalingkan wajah dan ingat akan ayat Allah ‘mereka itu bertelanjang sebenarnya’..

Melihat suami isteri yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak dan rumahtangga, pasti Baginda menyuruh mereka tolong-menolong antara satu sama lain..

Melihat orang yang leka dengan arus media tv,fb dan lain2…pasti Baginda berkata sudah hamper kiamat itu..

Melihat apa yang ada di Malaysia…pasti Baginda sedih…kerana Islam tidak tertegak tapi ramainya muslim yang berada di Malaysia..walaupun ada segelintir yg telah sedar dan yakin akan Hari Qiamat, tapi begitu ramai lagi yang tidak sedar akan hal ini..

Dimanakah kita.. layakkah kita mendapat syafaat nabi tercinta?? Dengan sekadar selawat dan ibadah kepada Nya..? bagaimana saudara2 seislam yang lain.. jangankan di Palestine atau Iraq… lihatlah dulu di Malaysia…

Bukalah hati seluasnya untuk terima hakikat bahawa kita akan MATI.. buatlah amal walaupun ianya sedikit tapi ikhlas kerana Allah..

sekadar ingatan buat kita sebagai umat nabi Muhammad SAW....

wallahua'lam...

maGhfiRah MU...

maGhfiRah MU...

Islamic Greeting Card

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

************