CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Islamic Widget

Friday, September 02, 2011

Minta Lah Pertolongan Allah!!!!!!



bismilahirrohmanirrohim ...

assalamualaikum w.b.t...

kisah nya begini.....

'assalamualaikum ustaz..'...Sabri dan Mukhlisoh memberi salam pada rumah usang itu...entah kan ada atau tidak penghuninya... tiga kali tidak dijawab... mereka bernada sendu... menuju ke kereta Mitsubishi bersama 3 orang anak muda..

'wkmslm'...pintu dikuak sedikit...muncul seorang berwajah jernih..sawo matang kulitnya.. 'maaf, lambat..ada kerja di belakang.jemput masuk.'

Sabri serta keluarga masuk ke rumah ustaz tatkala Maghrib menjelang.. mereka belum lagi solat..

seorang perempuan muda meletakkan sejadah di ruang tamu serta beberapa telekung.

*****************

usai solat, ustaz Man tadi keluar dan duduk di sofa merah.. Sabri duduk berdepan dan tidak mengucapkan sepatah kata.bisu dan kelu u berbicara. bagaimana harus ku mulakan. Mukhlisoh memandang.. ada sesuatu bermain di fikirannya.. Mukhlisoh mencetuskan suasana..

'ustaz,anak saya yang no dua ini histeria di rumah tadi,baru je sedar.kami dari sitiawan. '

'berapa umurnya??'

'tingkatan 1'. 'ustaz,setiap kali anak saya nak ke sekolah, kami terpaksa bawa dia pulang..sebab sampai je di selekoh sekolah, terus muntah darah xhenti2..begitulah setiap kali.. ni suami saya yang kedua.. anak2 saya jadi macam ni selepas saya kahwin dgn suami. ustaz,saya xsanggup tengok anak saya sakit macam ni, kenapa saya x sakit, tapi dikacau anak2 saya. anak saya yang no 2 ni dh 4 bulan x pergi sekolah..'

'awak tahu sape kacau??'

'saya dah jumpa byk ustaz, mereka kata ada orang cuba pisahkan saya dengan suami yg ke-2 ni.' sambil menunjukkan ke arah Sabri.. Sabri hanya tunduk mengangguk.


*******************************

prannngggg!!!! pintu kaca itu pecah .... Mukhlisoh menarik tombol pintu .. 2 orang lelaki beserta seorg perempuan usia lewat 40-an tercegat depan pintu rumah..bengis. slh seorg lelaki itu meluru masuk mencari sesuatu.. Sabri terpinga2. kdebukk!!! sebuku penumbuk hinggap di pipi ayahnya.. perempuan tadi melangkah masuk ke rumah itu dengan kasut tinggi nya..rupanya janda Sabri,.. seorang lagi anak lelaki menampar wajah lembut Mukhlisoh.. janda itu senyum..'padan muka kau perampas.'...terasa amat hina,Mukhlisoh memandang suaminya, rumah nya dimasuki dengan kasut..hinanya aku..

mukhlisoh bangun dari lantai, 'kak,sabar..kita selesai cara baik.. baiklah kalau macam tu, abang ceraikan je la saya dan rujuk lah balik dgn kak..janji kak xganggu anak2 saya..

************************

Sabri menceraikan Mukhlisoh dengan talak satu. namun, bila diberikan peluang untuk berbaik semula, jandanya tidak mengendahkan langsung.. Sabri terkapai2.. bersatu kembali dengan Mukhilsoh atau hidup seorang diri.. jika kembali kepada Mukhlisoh,, pasti anak2nya diganggu lagi.. buntu..

***********************

Sabri rujuk kembali Mukhlisoh.. setiap malam mendapat mimpi yang pelik2.. seorang permpuan tua berkebaya berkain batik, rambutnya bersanggul sentiasa mengejutkan Mukhilsoh dari tidur untuk melawan kembali makhluk jahat itu. diajar ayat2 pendinding diri.. Mukhlisoh anak bongsu dari 4 beradik. 'Mengapa aku yang dipilih u mewarisi kelebihan ini.' Jika ada orang meminta perkhidmatan mengurut, Mukhlisoh tidak akan teragak2, pasti memberi layanan yang paling baik tanpa jemu dan penat.. pernah sekali sampai 2 jam Mukhlisoh mengurut pesakitnya.. seakan tidak penat langsung..

setelah pemergian adiknya yang kurang upaya, abang dan kakak yang lain berebut harta adik yang diwasiatkan mak kepada adik... Mukhlisoh yang selama ini menjaga adiknya yang tidak boleh berjalan itu, tidak meminta apa2 balasan.. mereka menuntut harta tersebut dan menyerahkan agar Mukhlisoh yang mencari peguam untuk mengatur segala proses penyerahan harta. Di hadapan peguam Rina, mereka duduk.. setiap drpd mereka menerima cek yang sama rata bilangannya..

Pulang drpd pejabat, Mukhlisoh dituduh mengambil lebih drpd harta yg sepatutnya.. menggunakan ilmu la dan macam2... Mukhlisoh hnya mampu sabar.. kubur adik mereka baru sebulan, tanah masih merah lagi,, belum lagi berbatu nisan, sejak kematian adik,msg2 berebut untuk meletakkan batu nisan,, tapi sampai sekarang masih belum bertanda lagi kubur adik mereka....

sekarang, abang mula bankrup..dipinjam duit Mukhlisoh.. begitu juga kakak ditinggalkan suami...

Ya Allah ,,ujian apa yang menimpa keluarga ku ini....

*********************

perempuan tua itu muncul lagi dalam mimpi,,' kau kene selamatkan keluarga kau daripada punah ranah'

mukhlisoh menjawab...'aku tak tahu macam mane..'

esoknya, Mukhlisoh memandu keretanya untuk menghantar anak nya ke sekolah,seperti biasa .. belum menginjak pintu pagar sekolah, ananknya sudah muntah membuak2.. Alia memegang tekak nya.. darah disapu berulang kali di bibir..

**************************

'ustaz,saya dah berikan peluang pada Janda suami saya ni, tapi apa lagi yang dia nak..saya dah suruh ceraikan saya,, bagi saya anak saya yang pertama, suami saya yang kedua..xpe, saya boleh hidup sorg diri, tp sy xboleh tengok anak saya sakit.' Sabri tunduk. kesal dengan apa yang berlaku. xmampu berkata. Sayang nya kepada isteri hanya Allah yang tahu.. dia mahu membantu tapi buntu...

'itulah dendam dalam hati manusia yang bertuhankan Syaitan.. jauhilah perkara2 ini',lembut ustaz mengingatkan tapi bernada keras.


ustaz berlalu ke dapur. ustaz Man kembali dengan sebotol air dan seplastik garam beserta sebiji limau nipis..

mulut ustaz Man mula berkumat kamit..usai membaca jampi.. Ustaz menerangkan caranya..

'ambil sedikit air dlm botol ini buat minum dan juga mandi.. garam dan juga buah limau ni buat pagar rumah..'

'di samping itu amalkan beberapa ayat dari surah Yasin, ayatul Qursi dan 3Qul.'

'terima ksih ustaz.' bergenang air mata Mukhlisoh.. tiada apa yang dpt dihulurkan.. sedangkan rumahnya tiada langsung perabot, set tv, dan radio.

Sabri dari tadi diam seribu bahasa..mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan ustaz Man..

Kini....mereka pulang dengan satu harapan....

Dan mintalah pada yang maha Esa... ‘iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in’.... kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau Ya Allah kami meminta pertolongan...

********************

Ambillah pengajaran................=)

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa dalam hidupmu...

Wassalam..=)

0 comments:

maGhfiRah MU...

maGhfiRah MU...

Islamic Greeting Card

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

************